banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 145 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.4000 ke serendah sekitar C$1.3855, sebelum menutup sekitar paras C$1.3945 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar C$1.3935; setelah para pelabur mula mengambil untung belian menjelang cuti Krismas Jumaat ini.  Pada masa yang sama, inflasi bulanan Kanada yang dilaporkan pada 0.1% dibawah sifar, menunjukkan ekonomi Kanada yang semakin perlahan dan memasuki era deflasi, tidak membantu sokongan belian untuk Loonie.

telegram-moshed

Jabatan Statistik Kanada melaporkan Jumaat lalu, bahawa inflasi di Kanada telah agak stabil walaupun jangkaan pasaran terbukti terlalu optimis, apabila CPI tahunan dilaporkan meningkat kepada 1.4% pada bulan November berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 1.5%. Selain daripada data CPI tahunan, jualan borong bulanan dilaporkan jatuh 0.6% berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.1%. Kedua-dua data inflasi dan jualan borong yang meleset dari jangkaan telah menolak kadar tukaran USD/CAD ke paras 1.4000 – paras tertinggi pada tahun 2004.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register