728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD yang memacu naik lebih 130 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4690, menjunam lebih 210 pips sepanjang sesi New York untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4475, sebelum menutup sekitar paras C$1.4500; setelah Bank of Kanada mengekalkan kadar, tetapi memotong unjuran pertumbuhan bagi tahun ini. Bank Pusat Kanada mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.50%, selari dengan jangkaan pasaran. Sesetengah penganalisis menjangkakan yang BoC akan mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.25%, sebagai tindak balas kepada kejatuhan baru dalam harga minyak.

Bank of Canada telah menurunkan kadar sebanyak dua kali pada tahun 2015, untuk mengimbangi kesan harga minyak yang lebih murah ke atas ekonominya. Inflasi di Kanada telah berkembang meluas seperti yang dijangkakan, menurut bank itu dalam satu kenyataan. Kesan disinflasi ekoran aktiviti ekonomi dan harga tenaga yang rendah, telah sebahagiannya diimbangi oleh kesan Dollar Kanada yang lebih rendah, ke atas harga import. Namun, harga minyak dan komoditi lain yang telah menurun lagi, merupakan satu tamparan kepada ekonomi Kanada.

telegram-moshed

telegram-moshed

BoC percaya pertumbuhan ekonomi mungkin telah terhenti pada suku keempat 2015, terjejas oleh kelemahan sementara dalam ekonomi Amerika Syarikat dan pelaburan perniagaan domestik yang lemah. Persekitaran ekonomi kekal “sangat tidak menentu,” kata BoC sambil mengurangkan unjuran pertumbuhan bagi 2016 kepada 1.4% dari 2%. Bank itu juga menolak ke belakang anggaran masa untuk ekonomi Kanada kembali pada kapasiti penuh, dari pertengahan 2017 kepada sekitar akhir 2017.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register