USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

0 2

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 120 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3040 ke serendah C$1.2920, sebelum menutup sekitar paras C$1.3015; setelah Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengatakan Dollar Kanada berada dalam julat dagangan yang selesa selepas menyusut nilai lebih dari 3 tahun.

Selepas mencapai ‘parity’ dengan Dollar AS pada tiga tahun lalu, matawang komoditi itu yang juga dikenali dengan nama “Loonie”, terus menyusut nilai lebih 25% apabila mencecah nilai terendah dalam masa 13 tahun pada awal tahun ini.  Kejatuhan nilai yang disebabkan oleh harga minyak yang merudum itu, telah memaksa kerajaan Kanada mendorong pengusaha meningkatkan eksport untuk mengambil kesempatan dari Dollar Kanada yang lemah.

Ekonomi Kanada yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga minyak yang berterusan, telah mula diseimbangkan dengan aktiviti perkilangan dan eksport yang tidak berasaskan komoditi minyak; selepas Parti Liberal pimpinan Justin Trudeau yang memenangi pilihanraya umum tahun lepas, menyatakan kesediaan untuk belanjawan defisit demi untuk pemulihan ekonomi Kanada. Bentangan belanjawan Kanada pada minggi ini, akan menjadi perhatian utama untuk hala tuju Dollar Kanada selanjutnya.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa