728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD susut lebih 85 pips Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2255 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.2205; selepas tidak banyak yang dapat diharapkan untuk kembali memacu pembelian Dollar pasca siaran minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Sebelum daripada itu, Selasa lalu data terbaru menunjukkan bahawa sektor perumahan Amerika Syarikat kembali mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam 7½ tahun pada bulan April, dengan 1,135,000 buah rumah telah mula dibina. Berita itu merangsang Dollar AS, yang juga meningkat berbanding Euro selepas Bank Pusat Eropah berkata ia akan meningkatkan kadar pembelian bon.

Pada masa yang sama, dalam ucapan Selasa lalu, Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz berkata, kesan kejatuhan harga minyak masih belum dirasai sepenuhnya, dan terdapat ketidakpastian yang jauh ke hadapan untuk ekonomi Kanada; walaupun sebelumnya beliau memberikan pandangan masa depan yang cerah, untuk ekonomi Kanada.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register