banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dollar CAD kembali jatuh, lebih 110 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2935 sebelum menutup sekitar paras 1.2980; setelah permit bangunan AS dilaporkan jatuh mengecewakan pada 5% berbanding jangkaan pasaran untuk kejatuhan hanya sebanyak 0.9%.  Ini menjadikan hanya 1.103 juta permit pembinaan bangunan dikeluarkan berbanding 1.170 pada sebelumnya.

Sebelum daripada iu, Loonie terus lemah berbanding 15 daripada 16 matawang utama, selepas Parti Liberal dianugerahkan kuasa dalam pemulihan politik yang terbesar dalam sejarah Kanada. Kebanyakan pungutan suara telah meramalkan Trudeau hanya akan menang kerusi yang cukup, untuk dapat memerintah sebagai sebahagian daripada kerajaan minoriti.

telegram-moshed

Trudeau, yang menamatkan pemerintahan konservatif Perdana Menteri Stephen Harper selama sedekad, berkempen di atas pelan yang termasuk membelanjakan C$25 bilion ($19 billion) dalam defisit selama tiga tahun, untuk merangsang ekonomi dengan perbelanjaan infrastruktur; di samping meningkatkan cukai ke atas golongan atas dan mengurangkan cukai untuk kelas menengah.

Kejatuhan harga minyak mentah, satu daripada eksport terbesar Kanada, menyebabkan negara jiran AS itu jatuh ke dalam kemelesetan teknikal pada separuh pertama tahun ini; sekaligus memaksa Bank Pusat Kanada menurunkan kadar sebanyak dua kali bagi merangsang ekonomi. Loonie jatuh ke paras terendah dalam lebih daripada satu dekad, manakala kadar pulangan bon jatuh kepada paras baru.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register