banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD melonjak lebih 80 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3995 sebelum menutup sekitar paras C$1.3960; dalam suasana pasaran yang menghadapi jumlah dagangan yang rendah apabila para pelabur mula bersedia untuk bercuti selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve minggu lalu, menjelang Krismas Jumaat ini.

Di pasaran niaga hadapan, terdapat kebarangkalian 52% bahawa Feds akan meningkatkan kadar penanda aras pada mesyuarat April 2016, dan 70% pada mesyuarat bulan Jun 2016, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg. Pembuat dasar meningkatkan kadar kepada 0.5% pada mesyuarat FOMC 16 Disember lalu, selepas mengekalkannya pada paras terendah dalam sejarah sejak Disember 2008.

Dalam pada itu di pasaran komoditi, minyak yang menjadi antara eksport utama Kanada terus jatuh; sekaligus memberati Loonie dengan Brent yang susut kepada paras 11 tahun terendah di tengah-tengah lebihan bekalan global yang dijangka berterusan.  Walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC, Kanada telah melabur berbilion-bilion Dollar sepanjang 10 tahun lalu, untuk membangunkan industri minyak dan gasnya; lantaran itu nilai matawangnya banyak bergantung kepada pasaran minyak yang menjadi nadi utama ekonominya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register