728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD jatuh lebih 90 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.3010 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.2915, sebelum menutup sekitar paras 1.2940; selepas para pedagang mual mengambil untung belian hasil kejatuhan nilai CAD ekoran harga emas dan minyak yang terus menjejaskan mata wang komoditi itu.

Pasaran mengalami tekanan pada penghujung minggu dagangan sebelumnya, disebabkan oleh kelemahan harga komoditi, terutamanya emas. Kelemahan yang berterusan pada permulaan minggu dagangan yang baru, dengan harga emas tenggelam ke paras lima tahun terendah. Harga platinum juga telah mengalami nasib yang sama.

telegram-moshed

Minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, telah kembali menghampiri $50 setong, selepas ‘Iran Deal’ diberitakan berjaya dimeterai. Perjanjian anti nuklear untuk minyak itu, menyebabkan pasaran menjangkan lebihan bekalan apabila Iran akan dibenarkan untuk kembali menjual minyaknya di pasaran antarabangsa; sekaligus berpotensi untuk menjatuhkan harga minyak.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register