banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD melonjak naik lebih 170 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3140 sebelum menutup sekitar paras 1.3135; Bank of Canada mengekalkan kadar pinjaman pada 0.5% dan menurunkan unjuran ekonominya dari 2.3% kepada hanya 2% untuk 2016 dan dari 2.6% kepada 2.5% untuk tahun 2017; ekoran harga minyak mentah, eksport utama Kanada, yang dijangka terus merosot.

Kesemua 11 daripada pedagang utama sekuriti kerajaan Kanada yang dikaji selidik oleh The Wall Street Journal, meramalkan Bank of Canada akan mengekalkan kadar semalaman penanda aras pada 0.5% pada pengumuman dasar semalam.  Kebanyakan berkata, mereka menjangka langkah BoC seterusnya adalah menaikkan kadar, tetapi bukanlah sebelum separuh kedua 2016 tetapi kemudian daripada itu.

telegram-moshed

telegram-moshed

Berita minggu ini bahawa Parti Liberal telah mencatatkan kejutan dengan kemenangan dalam pilihan raya umum Kanada, selepas kekalahan pentadbiran Konservatif oleh penyandang kerusi Encik Stephen Harper; yang pada mulanya menyebabkan Loonie hilang sokongan, menghantar kadar pertukaran GBP/CAD ke paras 2.0197 – paras tertinggi sejak hari terakhir bulan lepas.

Langkah penjualan aset CAD didorong oleh kebimbangan terhadap dasar fiskal defisit pemimpin Liberal, Justin Trudeau yang mengenepikan pendekatan pentadbiran kewangan Konservatif.  Bertentangan dengan ekonomi negara maju yang lain, Trudeau berjanji untuk melaksanakan C$10 bilion defisit bajet tahunan, selama tiga tahun akan datang dengan pembiayaan tambahan kerajaan; untuk projek infrastruktur tempatan dalam usaha untuk menjana ekonomi Kanada yang semakin lesu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register