728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 70 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2285 ke serendah 1.2210; sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, sekitar 1.2235; setelah Federal Reserve AS dikatakan semakin menimbang faktor kekukuhan Dollar, yang mungkin bakal menghalang prospek untuk mencapai pertumbuhan ekonomi tahunan sekitar 2.5%, peningkatan beransur-ansur dalam inflasi dan penurunan berterusan dalam pengangguran.

Pegawai Feds telah berkata mereka tidak akan menaikkan “interest rate” sehingga mereka yakin inflasi telah berada di atas landasan untuk naik ke arah sasaran 2%, dan mereka mahu melihat pasaran pekerjaan terus meningkat. Mata wang yang lebih kukuh, cenderung untuk melemahkan eksport, kerana ia membuatkannya lebih mahal. Keadaan ini sekaligus akan memperlahan aktiviti ekonomi dan potensi pekerjaan. Pada masa yang sama, mata wang yang kukuh menurunkan harga import dan meningkatkan inflasi.

telegram-moshed

Di pasaran komoditi, minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam walaupun menutup lebih rendah dari pembukaan.  Minyak gred “Kanada western select”, kontrak di pasaran Kanada, berada pada $40.03 selepas meningkat sepanjang minggu lepas.  Laporan dari Bloomberg berkata bahawa dana terus dilaburkan ke dalam saham dan pelaburan berasaskan minyak walaupun harga telah jatuh dari lebih $100 kepada kurang daripada $50 sebulan lepas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register