Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013“Loonie” terus dijual untuk memacu Dollar meningkat lebih 60 mata kepada paras tertinggi harian sekitar 1.1645 sepanjang sesi dagangan London Isnin semalam, apabila para pengurus dana mula memberikan tumpuan awal pada GDP bulanan Kanada yang dijangka keluar menyusut dari 0.4% kepada 0.1% hari ini.  Minyak mentah yang jatuh hampir $3.50 Isnin semalam, ke paras terendah harian sekitar $55.10, juga tidak membantu sokongan untuk “Loonie”.

Dollar terus mendapat permintaan apabila Presiden Federal Reserve Amerika Syarikat, Janet Yellen, menjelaskan dalam mesyuarat FOMC terakhir untuk tahun 2014 Rabu lalu, bahawa Feds masih bersabar namun memutuskan untuk menaikkan “interest rate” seawal April depan.  Pada masa yang sama, Bank of Japan dan European Central Bank, bakal meneruskan program stimulus kewangannya bagi meransang ekonomi negara masing-masing.

Hari ini, Kanada dengan data ekonomi terakhirnya bagi tahun 2014 – GDP bulanan yang dijangka meleset kepada 0.1% dari 0.4% sebelum ini – bakal berdepan dengan 4 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat yang rata-ratanya dijangka lebih baik – “Durable goods order” dijangka meningkat dari 0.4% kepada 3.1%, “personal income & outlays” dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.5%, “new home sales” dijangka meningkat dari 458 ribu kepada 460 ribu dan GDP dijangka meningkat dari 3.9% kepada 4.3% – Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran.

Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!