728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dollar CAD susut lebih 45 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3915 sebelum menutup sekitar paras C$1.3920 dalam dagangan tipis menjelang cuti Krismas dan tahun baru.  Loonie mendapat sedikit sokongan belian apabila harga minyak pulih sedikit selepas Institut Petroleum Amerika Syarikat melaporkan penurunan stok minyak.  Dalam pada itu, aktiviti ekonomi AS dilaporkan susut sedikit, walaupun ianya lebih baik dari jangkaan penganalisis.

Di pasaran komoditi, minyak pulih sedikit semalam selepas permulaan yang tidak menentu minggu ini apabila penanda aras global minyak Brent menyentuh paras terendah yang tidak pernah dilihat sejak 2004 dan West Texas Intermediate (Crude) tenggelam di bawah $ 34 setong buat pertama kali sejak 2009. Pada masa yang sama, emas susut semula selepas mengalami peningkatan yang agresif dengan harga yang berlayar merentasi lapisan ‘resistance’, mencecah paras tertinggi harian sekitar $1,080.80/oz.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, Dollar melemah selepas Persatuan Kebangsaan Realtors Amerika melaporkan bahawa jualan rumah sedia ada jatuh 10.5% kepada paras 19 bulan terendah sebanyak 4.76 juta unit pada bulan November daripada 5.32 juta unit pada bulan Oktober. Penganalisis menjangkakan jualan rumah sedia ada meningkat kepada 5.35 juta unit pada bulan November.  Data tersebut datang selepas Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) AS berkembang pada kadar tahunan sebanyak 2.0% dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 September, lebih baik daripada jangkaan 1.9%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register