Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

Dollar CAD jatuh lebih 125 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3660 sebelum menutup sekitar paras C$1.3705; setelah Loonie mendapat momentum apabila harga minyak naik; tetapi kejatuhan harga emas memberi momentum menaik kepada Dollar AS. Kemungkinan perjanjian antara Qatar, Venezuela, Rusia dan Arab Saudi untuk membekukan pengeluaran minyak memberikan nafas kepada pelbagai matawang, terutamanya Loonie.

Penurunan pengeluaran minyak sebagai langkah untuk mengurangkan bekalan telah disarankan kepada pengeluar utama. Dollar Kanada mungkin telah bertindak balas kepada lebih daripada 5% kepada peningkatan harga minyak. Kesan harga minyak ke atas Dollar Kanada boleh dikaitkan dengan saham tenaga yang banyak menyumbang kepada ekonomi Kanada. Saham-saham telah meningkat sekitar 4% minggu lepas, dengan harapan bahawa ia bukanlah peningkatan yang terakhir.

Kemungkinan Dollar Kanada mengekalkan kenaikan, kini semata-mata berdasarkan kepada harga minyak. Walau bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada perjanjian itu akan berkekalan kerana beberapa pengeluar minyak tidak berpuas hati dengan idea yang mengekang jumlah pengeluaran minyak mereka.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!