728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD dalam dagangan tipis dan “ranging” Khamis semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.2420, dan terendah sekitar 1.2310, selepas melonjak lebih 330 pips pada hari sebelumnya, apabila Bank of Canada dengan tidak diduga menurunkan “interest rate” sebanyak 25 basis point.  Pada masa yang sama, jangkaan perkembangan ekonomi untuk 6 bulan pertama 2015 juga, dikurangkan kepada 1.5% apabila syarikat carigali minyak, mula mengurangkan pekerja dan pelaburan mereka.

Bank of Canada dalam laporan polisi kewangannya mengatakan, kesan ini akan dirasa apabila pengguna mula mengurangkan belanja kerana pendapatan yang kurang atau lebih teruk lagi bagi mereka yang hilang pekerjaan.  Produksi minyak mentah Kanada dikatakan, akan berkurang sebanyak 100 ribu tong sehari ekoran harga yang merudum.  Persatuan Pengusaha Minyak Kanada dalam satu kenyataan mengatakan, produksi akan mengurang sebanyak 65 ribu tong sehari, bagi tahun 2015, dan 120 ribu tong sehari, pada tahun 2016.

telegram-moshed

Hari ini, data ekonomi “home sales” Amerika Syarikat, bakal berdepan dengan data ekonomi CPI dan “retail sales” dari Kanada.  Dengan sentimen pasaran yang “bearish” terhadap “loonie” ekoran pemotongan “interest rate” tempoh hari; para pedagang dilihat lebih suka dengan strategi “buy-on-dip”.

Adakah anda tercari-cari cara belajar forex paling berkesan ? Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex 100% Karya dari MoshedFX – [Klik Sini]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register