USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Jun 2015

0 6

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

USDCAD melonjak 120pip untuk didagangkan sekitar 1.2340 pada sesi Asia. Ini dilihat kesan positif terhadap US Dollar di mana pedagang mula membuat belian atas pengukuhan data Jualan Rumah yang sedia ada dalam sesi ekonomi Amerika Utara.

Matawang Amerika ini sedikit positif juga sebagai tindak balas yang zon Euro dan Greece seolah-olah ingin mencapai perjanjian. Walaupun data Jualan Rumah yang dikeluarkan semalam tidaklah betul-betul dapat mengawal perhatian isu yang lebih besar seperti perjanjian Euro dan Greece, tetapi ia nampak dapat memberikan kesan positif.

Dengan tiada sebarang data dari Canada, berita-berita ekonomi US Dollar yang bakal dikeluarkan bermula 8 malam ini dilihat dapat memberikan impak kepada pasangan USDCAD. Dianggarkan data-data yang lebih bagus berpihak kepada US Dollar akan memacu dan melonjakkan lagi USDCAD.

Walau bagaimanapun, ramai pedagang dilihat mengambil langkah berhati-hati juga kerana bimbang pergerakan besar US Dollar terkesan oleh isu Grexit dan bakal mengheret sama kedudukan USDCAD.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa