Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

Dollar CAD susut lebih 108 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3027 sebelum menutup sekitar paras C$1.3047; setelah harga komoditi utama kembali memacu naik ke julat tertinggi minggu ini. Mesyuarat FOMC minggu lepas yang menyaksikan Feds mengekalkan kadar dan menurunkan jangkaan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini, telah menolak pasaran ekuiti dan komoditi ke paras yang lebih tinggi.

Di pasaran Amerika Utara, kayu balak yang juga merupakan antara eksport utama Kanada disamping minyak mentah, telah meningkat harga sejak 4 minggu yang lalu.  Dari paras terendah sekitar $252/mbf pada 28 Februari lalu, semalam harga komoditi tersebut mencecah setinggi $313/mbf. Kenaikan lebih 24% itu jelas menunjukkan aktiviti pembinaan yang semakin rancak, terutamanya selepas musim sejuk hampir berakhir.

telegram-moshed

Dalam bentangan bajet Kanada awal pagi tadi, Kementerian Kewangan Kanada melaporkan lebihan bajet pada Januari lepas adalah sebanyak C$1.07 bilion berbanding C$2.21 bilion pada tempoh yang sama, setahun lalu. Kementerian Kewangan menjangka nisbah hutang kepada KDNK (GDP) Kanada akan meningkat kepada 32.5% pada 2016/17 dan ekonomi dijangka berkembang pada 2.2% pada tahun ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register