USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

0 2

Dollar CAD melonjak lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3160 sebelum menutup sekitar paras C$1.3117; setelah kekuatan Dollar AS terus mengatasi kenaikan harga minyak yang banyak mempengaruhi nilai Loonie.  Dollar AS terus memacu naik untuk tiga minggu berturut-turut, selepas pasaran ekuiti dan komoditi global menunjukkan bahawa ianya seolah-olah telah bersedia untuk menghadapi satu lagi kenaikan kadar AS dalam masa terdekat.

Dengan selera untuk risiko yang semakin baik selepas tidak menentu beberapa minggu lalu, pasaran ekuiti Eropah membuka dengan kenaikan 1.2% dan Sterling telah menjadi matawang dengan prestasi terbaik, apabila kebimbangan terhadap isu ‘Brexit’ semakin pudar.  Matawang dijangka menjadi antara topik perbincangan utama dalam mesyuarat G7 dimana menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank pusat tujuh negara maju bertemu bagi membincangkan ekonomi global.

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds New York, William Dudley mengatakan bahawa kebanyakan pegawai Feds berpandangan bahawa pasaran telah memandang rendah kepada kemungkinan Feds menaikkan kadar dalam masa terdekat,  Beliau amat berpuas hati apabila pelabur menaikkan kemungkinan kenaikan kadar daripada 15% kepada 30% sebaik sahaja minit mesyuarat FOMC disiarkan.

Walaupun CAD mendapat sokongan belian daripada kenaikan harga minyak yang berterusan, ianya masih tidak cukup untuk mengekang sentimen kenaikan kadar AS yang dijangka datang seawal Jun depan.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa