728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari keempat berturut-turut, lebih 75 pips Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3290 sebelum menutup sekitar paras 1.3270; apabila mata wang Amerika itu terus kukuh manakala CAD terjejas disebabkan kejatuhan harga emas dan minyak.

Harga komoditi merosot berikutan kebimbangan terhadap permintaan dari China, manakala dolar mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu, selepas pegawai Federal Reserve memberi isyarat bahawa kadar AS masih boleh meningkat pada tahun ini.

telegram-moshed

Bank pusat AS mengekalkan kadar semasa pada minggu lalu, memetik risiko kepada pertumbuhan global. Tetapi Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart berkata, dia masih menjangka kadar akan meningkat tahun ini, manakala Presiden Feds St. Louis James Bullard pula berkata bahawa terdapat peluang untuk kenaikan pada bulan depan.

Dolar berlegar berhampiran paras tertinggi dalam hampir dua minggu semalam, selepas komen daripada beberapa pegawai Federal Reserve AS menghidupkan semula jangkaan bahawa bank pusat AS itu masih boleh menaikkan kadar pada tahun ini. Dolar telah bangkit daripada paras terendah yang melanda lewat minggu lalu, selepas Feds enggan menaikkan kadar pada Khamis lalu dan merubah semula ramalan pertumbuhan ekonomi AS untuk 2016 dan 2017.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register