728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Aug 2015

Patrick Corrigan

Dollar CAD kembali melonjak lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3195 sebelum menutup sekitar paras 1.3180; setelah Loonie jatuh ke paras terendah baru kerana harga minyak mentah yang terus merudum.  Harga setong minyak ditutup di bawah paras $41, sekaligus menyeret dolar Kanada secara ringkas di bawah 76 sen AS.

Pasaran Amerika Utara mengalami kejatuhan mendadak, dengan Bursa Saham Toronto mencatatkan penurunan tiga angka untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah pasaran tenaga yang lemah, jualan besar-besaran di China dan jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” lewat tahun ini.

Dolar Kanada menerima rangsangan pada awal dagangan hari Khamis. Statistik Kanada melaporkan perdagangan borong meningkat semula pada bulan Jun 2015, meningkat 1.3% selepas penurunan pada bulan Mei. Kemudian pedagang mata wang melihat ke depan untuk CPI yang dilaporkan tidak berubah pada sifar. Walaupun jualan runcit Kanada meningkat 0.8% berbanding jangkaan 0.6%, data sebelum ini disemak semula lebih rendah kepada 0.8% daripada 0.9%.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register