banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014Dollar CAD melonjak hampir 40 mata, ke sekitar 1.1666, selepas data berimpak tinggi “GDP” Amerika Syarikat keluar pada 5% berbanding jangkaan 4.3% walaupun 3 lagi data utama meleset dari jangkaan.  Namun ianya tidak kekal apabila GDP Kanada pula keluar pada 0.3% berbanding jangkaan 0.1%, sekaligus menjunamkan nilai tukaran USD|CAD ke paras terendah harian, sekitar 1.1598, pada sesi dagangan petang New York Selasa semalam.

Harga minyak mentah yang mula menstabil, meningkat hampir $3 setong ke paras tertinggi harian $57.50, juga membantu sokongan permintaan terhadap “loonie”.  Kejatuhan dramatik harga minyak mentah, yang merupakan antara eksport terbesar Kanada semenjak Jun lalu, sehingga ke paras terendah dalam tempoh 5 tahun telah melemahkan “loonie” yang juga berada pada nilai terendah berbanding Dollar Amerika dalam tempoh 5 tahun.

Pada masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan ketegasan Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” seawal April 2015; tambah meningkatkan permintaan untuk Dollar sekaligus menjatuhkan nilai banyak matawang lain termasuk “loonie”.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika data “initial jobless claim” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register