728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-015

Dollar CAD merudum lebih 100 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3835 sebelum menutup sekitar paras C$1.3845; setelah Loonie mendapat permintaan, terkesan dari harga minyak mentah yang kembali pulih. Pada masa yang sama, para trader dan pengurus dana dilihat menutup kontrak belian mereka untuk mengambil untung dan menutup buku dagangan tahun 2015 menjelang cuti Krismas dan tahun baru.

Di pasaran Amerika Syarikat, Jabatan Perdagangan AS berkata semalam bahawa tempahan barangan tahan lama, termasuk barang-barang pengangkutan, tidak berubah bulan lalu, berbanding ramalan bagi penurunan sebanyak 0.6%. Tempahan teras, tidak termasuk barang-barang pengangkutan yang tidak menentu, jatuh sebanyak 0.1% pada bulan November, mengecewakan jangkaan bagi kenaikan sebanyak 0.1%. Satu laporan berasingan pula menunjukkan bahawa perbelanjaan peribadi meningkat 0.3% pada bulan lepas, menepati ramalan pasaran. Pendapatan peribadi, sementara itu, meningkat 0.3%, di atas ramalan bagi kenaikan 0.2%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dollar yang kuat mempunyai kesan yang besar, kerana ia membuatkan syarikat-syarikat antarabangsa AS kurang berdaya saing di luar negara. Sementara itu, harga minyak yang terlalu rendah menyebabkan banyak syarikat-syarikat minyak dalam keadaan tersepit, dan nampaknya ia tidak banyak memberi manfaat kepada pengguna seperti yang sepatutnya. Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurangan dari 271 ribu kepada 270 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan dari Kanada hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register