USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

0 1

Dollar CAD yang melonjak lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3860, kembali merudum lebih 180 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3675, sebelum menutup sekitar paras C$1.3700; setelah jualan rumah baru AS dilaporkan merosot dari 544 ribu kepada 494 ribu unit, berbanding jangkaan sebanyak 522 ribu unit.

Di pasaran komoditi, minyak mentah yang menjadi eksport utama Kanada, kembali melonjak didorong oleh sentimen persidangan anggota OPEC dan bukan OPEC yang diharapkan mencapai kata sepakat dalam mengurangkan pengeluaran bagi mencapai kestabilan harga. Iran yang sejak awal lagi menyokong sebarang usaha mencapai kestabilan harga, bagaimanapun tidak bersedia memberikan komitmen selepas sekatan ekonomi ke atasnya ditarik balik.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang dijangka bertambah baik dari -5% kepada 3% serta tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 262 ribu kepada 271 ribu pemohon. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa