728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

Dollar CAD melonjak lebih 120 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3820 sebelum menutup sekitar paras C$1.3790; setelah Dollar AS mendapat permintaan dan harga minyak kembali jatuh.  Dollar AS kukuh berbanding matawang utama, dengan Indeks Dollar melonjak ke paras tertinggi harian sekitar 97.60 mata sebelum menutup sekitar 97.40 mata.

Pada masa yang sama, di pasaran Amerika Syarikat, jualan rumah dilaporkan meningkat daripada 5.45 juta kepada 5.47 juta unit, berbanding jangkaan penurunan kepada 5.37 juta unit. Namun, sentimen pengguna AS jatuh daripada 97.8 mata kepada 92.2 mata, berbanding jangkaan penurunan kepada hanya 97.4 mata.

telegram-moshed

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah baru yang dijangka menurun dari 544 ribu kepada 522 ribu unit dan stok minyak mentah yang dijangka berkurang dari 2.1 juta kepada 2 juta tong. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register