728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD yang jatuh lebih 90 pips pada sepanjang pagi Eropah, kembali melonjak naik lebih tinggi ke sekitar paras 1.3045 sebelum menutup sekitar paras 1.3035; selepas Dollar terus mendapat tambahan permintaan, pasca laporan tuntutan pengangguran AS yang memberansangkan.  Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang menuntut bantuan pengangguran berkurang dari 281 ribu kepada 255 ribu berbanding jangkaan 279 ribu orang.

Pada masa yang sama di pasaran Kanada, Dollar Kanada ditutup pada paras penutup terendah dalam lebih daripada satu dekad, ekoran kejatuhan harga minyak, yang mungkin telah menjunamkan ekonomi Kanada ke dalam kemelesetan pada separuh pertama tahun ini.  Mata wang Kanada telah jatuh sejak minggu lalu apabila Bank of Canada menurunkan “interest rate” dan ramalan penguncupan ekonomi untuk dua suku berturut-turut.

telegram-moshed

Di pasaran komoditi, harga minyak jatuh lagi semalam, dengan perdagangan penanda aras Amerika Utara menghampiri $48 setong. Dengan data yang telah menunjukkan ekonomi Kanada menyusut 0.6% antara Januari dan Mac; minggu lepas Bank of Canada menjangkakan penguncupan 0.5% untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada bulan Jun.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register