banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 24 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kelima berturut-turut sejak Khamis lalu, lebih 120 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3355 sebelum menutup sekitar paras 1.3320; setelah laporan jualan runcit teras Kanada meleset dari jangkaan.  Data jualan runcit dari Kanada yang lemah dan jangkaan bagi kenaikan kadar AS sama ada pada Oktober atau Disember, terus menyokong ‘Greenback’.

Semalam, Statistik Kanada melaporkan bahawa jualan runcit meningkat 0.5% pada bulan Julai, sedikit diatas peningkatan sebanyak 0.4% pada bulan Jun. Angka ini juga telah disemak semula ke bawah dari anggaran kenaikan terdahulu sebanyak 0.6%. Apa yang mengecewakan ialah jualan runcit teras, yang tidak termasuk kenderaan, adalah tidak berubah pada bulan Julai, berbanding dengan jangkaan kenaikan sebanyak 0.4%.  Angka ini juga meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Jun.

Di pasaran Amerika Syarikat, walaupun kenyataan dasar monetari Feds adalah negatif pada minggu lepas, Dolar AS telah disokong pada minggu ini dengan komen agresif dari Presiden Feds St Louis James Bullard dan Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart. Kedua-duanya menyatakan dalam ucapan mereka yang berasingan bahawa bank pusat AS masih cenderung untuk menaikkan kadar pinjaman asas pada tahun ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register