728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.2757 ke serendah C$1.2620, sebelum menutup sekitar paras C$1.2673; setelah laporan inflasi Kanada yang lebih baik dari jangkaan memberikan sokongan belian untuk Loonie, namun harga minyak yang tidak menentu menyebabkan pasaran berhati-hati dalam pembelian matawang komoditi tersebut.

Di pasaran Kanada, Jabatan Statistik Kanada melaporkan bahawa inflasi bulan Mac lalu meningkat kepada 0.6% daripada 0.2% pada Februari lalu.  Angka tersebut lebih baik dari jangkaan untuk kenaikan kepada 0.3%.  Pada masa yang sama, jualan runcit bulan Februari meningkat kepada 0.4% berbanding 2.0% pada bulan Januari, namun angka tersebut lebih baik dari jangkaan penurunan sebanyak -0.8%.

telegram-moshed

“Kenaikan nilai Loonie nampaknya seperti akan terus berkembang,” menurut strategis matawang Scotiabank, Eric Theoret dan Shaun Osborne, dalam nota kepada pelanggan. “Turun naik harga minyak mentah adalah satu faktor dalam perubahan ini, jadi jika kenaikan akan dilanjutkan, minyak mentah dan komoditi lain perlu membantu.” tambah beliau lagi. Pada tahap kini, Loonie adalah tiga sen lebih tinggi daripada jangkaan Bank of Kanada untuk suku ini, seperti dalam Laporan Dasar Monetarinya baru-baru ini.

telegram-moshed

Walaupun demikian, ahli ekonomi Doug Porter di Bank of Montreal berkata ada lebih banyak ruang untuk Loonie berkembang. “Matawang komoditi telah direbut kembali setelah selera untuk risiko kembali, dan permintaan untuk Dollar AS kini telah pudar,” menurut Encik Porter.  Tiada sebaran laporan berimpak tinggi dari Kanada mahupun Amerika Syarikat hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register