banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD terus memacu lebih 140 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3290 sebelum menutup sekitar paras 1.3285; setelah minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada terus merudum, menyebabkan “loonie” hilang daya tarikan.

Di pasaran komoditi, harga minyak jatuh ke tahap paling rendah tahun ini di bawah $38 semalam. Penurunan dalam dolar AS tidak mampu untuk menyokong Loonie. Siren berbunyi di seluruh pasaran dunia Isnin semalam, apabila hampir 9% dari pasaran saham China merudum selepas penurunan mendadak dalam dolar dan komoditi utama membuatkan pelabur panik.

Pada masa yang sama, pasaran saham Eropah jatuh lebih daripada 5% dan Wall Street pula bersiap sedia menghadapi kejatuhan serupa, selepas pasaran saham Asia merosot ke paras terendah dalam 3 tahun; berikutan kejatuhan tiga bulan berturut-turut dalam pasaran ekuiti China yang boleh menjadi lebih buruk.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register