728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD kembali memacu naik lebih 145 pips Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar 1.2170 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.2280; apabila Dollar mendapat permintaan ekoran laporan inflasi teras AS yang lebih baik dari jangkaan. Inflasi teras meningkat 0.3% berbanding 0.2% jangkaan dan sebelumnya, manakala inflasi bulanan pada 0.1% seperti yang dijangkakan.

Di pasaran Kanada pula, inflasi teras keluar seperti jangkaan, 0.1%, namun inflasi bulanan lebih teruk, -0.1% berbanding 0.1% jangkaan dan 0.7% sebelumnya. Pada masa yang sama, jualan runcit walaupun lebih baik dari jangkaan, 0.7% berbanding 0.5%; jualan runcit teras dilapor pada 0.5% berbanding 0.7% jangkaan. Walaupun ahli ekonomi menjangka harga minyak yang lebih murah, akan mendorong kejatuhan harga barangan, sekaligus meningkatkan perbelanjaan pengguna yang dapat dilihat dari jualan runcit; kenaikan harga barangan import, ekoran “loonie” yang lebih rendah , menyebabkan kesan tersebut tidak dapat dilihat.

telegram-moshed

Kanada yang banyak bergantung kepada Amerika Syarikat, walaupun ia mengalami kenaikan yang tidak dijangka dalam harga minyak baru-baru ini, mungkin mendapati mata wang yang kukuh bakal memudaratkan pemulihan ekonomi yang bergantung kepada eksport. Kanada menghadapi cabaran dalam pertumbuhan ekonominya, kerana ia kehilangan sumbangan daripada hasil minyak yang tinggi, selepas harga minyak mentah merudum pada tahun 2014.

Adalah terlalu awal untuk mengatakan, jika kenaikan harga pada tahun 2015 akan berterusan, kerana permintaan tidaklah berubah secara radikal; dan negara-negara pengeluar minyak terus mengepam minyak mentah dari telaga dengan kadar maksima. Pakar ekonomi berkata, ekonomi Kanada akan lebih kukuh dan lebih berdaya tahan, jika Kanada lebih cepat dalam membuat peralihan dan kembali kepada pembuatan dan perkhidmatan, sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonominya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register