banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3187 ke paras terendah harian sekitar C$1.3085, sebelum menutup sekitar paras C$1.3120; setelah pasaran memberikan reaksi kepada sentimen kenaikan kadar AS dan kenaikan harga minyak yang seolah-olah berterusan.  Malam ini CAD bakal menghadapi keputusan penting kadar pinjaman yang dijangka dikekalkan pada 0.5%.

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds cawangan St. Louis, James Bullard mengatakan bahawa AS sedang bergerak lebih dekat kepada dasar menormalkan semula kadar pinjaman.  “Dalam apa jua perbandingan, pasaran pekerjaan AS kini berada atau telah melebihi guan tenaga penuh, dan ini akan menyebabkan tekanan menaik kepada inflasi” menurut beliau.  Kadar pengangguran AS telah berada pada 5% sejak kali pertama pada November tahun lepas.

Dollar AS kembali memacu naik setelah sentimen kenaikan kadar AS kembali menguasai pasaran, setelah beberapa Presiden Feds cawangan memberikan komen aggresif dan diikuti oleh siaran minit mensyuarat FOMC yang lebih optimis dari jangkaan.  Indeks Dollar telah memacu naik selama tiga minggu berturut-turut dan menutup sekitar 95.55 mata semalam – sekitar paras terendah bulan Februari.

telegram-moshed

Harga minyak yang terus memacu naik, nampaknya masih tidak cukup untuk menyokong nilai Loonie. Harga minyak gred Crude telah meningkat lebih $6.15 setong sejak awal bulan ini, namun kadar tukaran USD/CAD juga telah meningkat lebih 710 pips dalam tempoh masa yang sama.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register