banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

Dollar CAD terus merudum lebih 215 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3515 sebelum menutup sekitar paras C$1.3530; setelah spekulasi pasaran tentang pencapaian kata sepakat antara OPEC dan Russia bagi menstabilkan harga minyak, mendorong sokongan untuk Loonie. Pada masa yang sama, menteri sumber asli Kanada, Jim Carr mengatakan walaupun harga minyak rendah, Kanada masih menawarkan peluang pelaburan yang baik.

Walaupun pasaran lebih menumpukan perhatian kepada Crude dari AS dan Brent dari UK, minyak dari Kanada telah mengalami kejatuhan yang lebih teruk. ‘Western Canadian Select’ yang merupakan minyak mentah dari Kanada, telah jatuh di bawah paras $20 setong.  Ketika ini pengeluar minyak di Kanada mencari jalan alternatif seperti menjual saluran minyak, simpanan dan kemudahan produksi untuk mengurangkan beban kewangan akibat kejatuhan pendapatan dari harga minyak yang rendah.

telegram-moshed

Dollar Kanada dilihat telah pun melalui fasa kejatuhan nilai terburuk, walaupun ianya mungkin berdepan dengan risiko kejatuhan harga minyak sekali lagi.  CIBC World Markets dalam laporannya menjangka Loonie semakin pulih ekoran harga minyak yang dilihat sudah pun mencapai dasar.  Pada masa yang sama, dengan Feds AS yang mungkin mengekalkan kadar sedia ada untuk beberapa ketika, nilai tukaran USD/CAD dijangka menstabil.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register