Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Rabu semalam, namun kemudiannya meningkat lebih 60 pips apabila pasaran New York dibuka.  Kadar tukaran USD|CAD yang menutup pada sekitar 1.2518, terus kekal berada dibawah pivot bulanan – 1.2540 – dan ketika artikel ini ditulis, ianya juga berada dibawah pivot hari ini sekitar 1.2510

Di pasaran komoditi, minyak mentah terus mencatat kenaikan harga hingga memecahkan pivot bulanan – $50.05 setong – di awal sesi Asia hari ini; apabila Arab Saudi diberitakan meluluskan usul untuk mengebom pemberontak-pemberontak di Yaman, atas permintaan presiden Yaman sendiri, Abdur Rabuh Mansur Hadi.  Konflik yang dilihat boleh menyebabkan gangguan bekalan minyak dunia itu, menyebabkan harga minyak naik mendadak.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 291 ribu kepada 290 ribu.  Pada masa yang sama, presiden Bank of Canada, Stephen Poloz bakal berucap memberikan pandangan masa depan ekonomi Kanada.  Pasaran dijangka terus ‘ranging’ dalam dagangan berhati-hati, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register