728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

Dollar CAD susut lebih 85 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2594 sebelum menutup sekitar paras C$1.2600; setelah Dollar AS terus merosot terkesan dari data perumahan yang suram dan permulaan mesyuarat penetapan kadar FOMC. Pada masa yang sama, Pulse Market melaporkan bahawa Dollar Kanada berundur pada permulaan minggu selepas pasaran mengambil untung jualan.

Loonie menghadapi satu permulaan yang teruk untuk 2016 selepas harga minyak jatuh membawa bersama-sama matawang tersebut. Namun, tindakan dari Pertubuhan ahli Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk mendapatkan pembekuan pengeluaran minyak telah membantu menstabilkan harga minyak mentah dan memberikan sokongan belian untuk Loonie.

telegram-moshed

Bank of Canada telah menjadi proaktif pada tahun 2015, dengan melaksanakan dua potongan kadar selepas meramal dengan tepat tentang kejatuhan harga minyak, tetapi ahli-ahli ekonomi di Bank Pusat Kanada itu tidak menjangkan kejatuhan yang sebegitu cepat pada bulan Januari 2016. Kanada dilihat sebagai program usaha pertama dalam simulasi fiskal yang tidak bergantung kepada ransangan BoC untuk menyelamatkan ekonomi.

telegram-moshed

ECB, BoJ dan Feds adalah bukti bahawa persekitaran kadar yang rendah tidak semestinya menjana ekonomi yang lebih kukuh. BoC dijangka mengekalkan kadar yang stabil sepanjang tahun ini, kerana hasil daripada pakej rangsangan dari Ottawa mula memberik kesan kepada ekonomi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register