728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD terus memacu naik lebih 140 pips sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, dari paras terendah sekitar 1.2305 sehingga paras tertinggi sekitar 1.2445, sebelum menutup sekitar paras 1.2435; setelah Dollar kembali mendapat permintaan terkesan dari kenyaatan Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen bahawa beliau melihat kenaikan “interest rate” pada tahun ini, serta data “new home sales” dan “consumer confidence” yang lebih baik dari jangkaan.

Para pelabur dikatakan sedang memberi tumpuan kepada keputusan “interest rate” Bank of Canada pada hari ini dan data pertumbuhan ekonomi suku pertama pada Jumaat ini.  Pada masa yang sama, kalendar data ekonomi Amerika Syarikat yang agak penuh minggu ini boleh memberi kesan kepada Federal Reserve AS. “Bagi Bank of Canada, pasti ada risiko, tetapi saya akan katakan jangkaan cukup kuat untuk satu kenyataan status quo,” kata Greg Moore, pakar strategi mata wang di RBC Capital Markets.

telegram-moshed

Moore menyatakan bahawa Gabenor Stephen Poloz telah menyatakan dalam ucapan minggu lepas, bahawa kedudukan Bank tidak banyak berubah sejak mesyuarat terakhir dan laporan dasar monetari pada bulan April. “Walaupun ia mungkin mengecewakan, seperti apa yang RBC jangkakan, ia tidak akan jauh daripada pertumbuhan stabil yang dijangka oleh Bank of Canada. Walaupun terdapat banyak data-data ekonomi Kanada pada kalendar minggu ini, “loonie” mungkin akan terkesan dari tindakan Dollar AS terhadap data ekonomi AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register