banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Mei 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar ¥110.22 ke paras terendah harian sekitar ¥109.40, sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras ¥109.75; setelah para trader mula menyesuaikan dagangan mereka dengan kenyataan terbaru Bank of Japan yang mengatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk merendahkan nilai Yen.

Pada masa yang sama, Dollar AS sedikit susut dalam suasana pasaran yang mula mengambil untung belian sebelum pasaran menutup untuk cuti hujung minggu.  Menteri Kewangan Jepun Taro Aso bercakap di parlimen Jepun bahawa kerajaan tiada hasrat untuk campur tangan dan merendahkan nilai Yen bagi meningkatkan daya saing eksport Jepun, walapun kenaikan ataupun kejatuhan ¥5 untuk setiap Dollar dalam masa dua hari, dilihat berlebihan.

“Nilai Yen telah meningkat dari ¥106 ke ¥105 bagi setiap Dollar, dan kini sekitar ¥109 dan sekiranya saya katakan ianya baik untuk kadar berada disitu, ianya akan menjadi satu berita, jadi eloklah saya rendahkan nada saya.” kata Taro Aso kepada sekumpulan peguam di Tokyo.  Yen telah melemah lebih 3.5% sejak mencapai nilai tertinggi sekitar ¥105.55 pada 3 Mei lalu.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku pertama 2016 yang dijangka meningkat dari 0.5% kepada 0.8% dan sentimen pengguna yang menurun dari 95.8 mata kepada 95.7 mata.  Jepun pula bakal melaporkan data inflasi tahunan yang dijangka turun dari -0.3% kepada -0.4%.  Awal pagi sabtu nanti atau petang New York, Pengerusi Feds Janet Yellen bakal berucap di Radcliffe, Massachusetts yang mungkin menawarkan petunjuk baru untuk rancangan kenaikan kadar AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register