728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 40 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3325 ke serendah 1.3285, sebelum menutup sekitar paras 1.3290; setelah pasaran Amerika Utara bercuti sempena “Thanksgiving” semalam. Sebelum daripada itu, para trader telah menggunakan kenaikan nilai tukaran USD/CAD untuk mengambil untung belian sebelum bercuti panjang.  Paras tertinggi bulan ini dicapai Isnin lalu, sekitar 1.3435, berhampiran paras tertinggi September, sekitar 1.3455.

telegram-moshed

Hari ini Kanada bakal melaporkan Indeks Harga Bahan Mentah yang dijangka menurun dari 3% kepada hanya 0.4%.  Kejatuhan harga bahan mentah sebanyak 2.6% yang dijangka pasaran ini, menunjukkan permintaan yang dilihat semakin perlahan, ekoran pelaburan dari syarikat-syarikat minyak yang berpangkalan di Kanada, semakin berkurangan.  Bank of Canada telah menurunkan kadar sebanyak dua kali tahun ini, dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Kanada yang banyak bergantung kepada industri minyak dan gas.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Amerika Syarikat hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register