banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 28 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD kembali merudum lebih 110 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi sekitar 1.2195 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.2085; selepas “loonie” mendapat lebih banyak permintaan berbanding Dollar, terkesan dari harga minyak yang menstabil diatas paras $50 setong dan juga permintaan untuk Dollar yang lemah, selepas data-data ekonomi Amerika Syarikat yang mengecewakan sepanjang 2 minggu lepas.

Di pasaran komoditi, pada hari Jumaat, kontrak “West Texas Intermediate” diniagakan pada $57.21 setong, turun sedikit dari $58 pada hari Khamis lalu. ┬áTetapi minyak mentah gred “Brent” terus memacu naik sehingga 2% minggu lepas, mencecah $65.34 pada penutup dagangan. Ia telahpun mencapai kenaikan 14% pada tahun ini. Terdapat juga tanda-tanda pengeluaran minyak AS akan mula perlahan pada Jumaat lepas.

telegram-moshed

Bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat menurun sekali lagi minggu lepas, menurut syarikat perkhidmatan medan minyak Baker Hughes Inc. Terdapat 703 pelantar aktif di AS, berbanding 734 sebelum ini. Di Kanada pula, terdapat 79 pelantar aktif, turun satu demi satu dari minggu lepas. Morgan Stanley telah berkata bahawa kiraan akan mencapai paras terendah dalam masa tiga bulan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register