728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.4155 ke serendah C$1.4025, sebelum menutup sekitar paras C$1.4095; setelah pemulihan harga minyak diimbangi oleh mesyuarat jawatankuasa FOMC Amerika Syarikat yang mengekalkan kadar AS dan mengatakan ekonomi AS tumbuh perlahan pada suku keempat 2015 dan inflasi dijangka rendah dalam masa terdekat.

Setiap baris kenyataan FOMC menunjukkan Feds yang kurang teruja dengan perkembangan ekonomi AS, sekaligus memudarkan spekulasi satu lagi kenaikan kadar pada Mac ini.  Walau bagaimanapun, masih ada 7 minggu lagi dan 2 laporan NFP sebelum mesyuarat tersebut, dan keadaan boleh berubah dengan cepat pada bila-bila masa.  Di pasaran hadapan, kontrak kadar AS menunjukkan para trader tidak menjangka sebarang kenaikan sehinggalah June depan.

Walaupun demikian, keadaan ini masih dilihat baik oleh pelabur Kanada, apabila Dollar AS dibida naik lebih 100 pips, selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Malam nanti, AS bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang djangka turun kepada 0.6% dibawah sifar dan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 293 ribu kepada 281 ribu pemohon. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada sehingga Jumaat esok, yang bakal menyaksikan laporan GDP Kanada yang ditunggu-tunggu pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register