banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 28 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD terus memacu naik lebih 115 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3270 sebelum menutup sekitar paras 1.3265; setelah harga minyak terus jatuh dan kemelesetan ekonomi Kanada seolah-olah bakal berterusan. Walaupun mata wang komoditi mendapat permulaan yang baik dalam seminggu berbanding Dollar AS, mata wang Kanada seolah-olah tidak terkesan, lantaran minyak mentah yang terus menerus merudum.

Selepas krisis kewangan global 2008/09, loonie naik mendadak mengatasi kerugian terhadap Dollar dan kukuh sehingga tahun 2013 dan separuh pertama 2014, apabila harga minyak kekal kukuh di atas $100 setong. Ini membawa Kanada kepada penyakit Klasik Belanda, di mana aliran dana masuk yang terlalu banyak ke dalam satu sektor membawa kepada peningkatan dalam Loonie dan memusnahkan sektor lain.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kanada telah menghadapi ketidakseimbangan dagangan yang besar sejak krisis kewangan 2008/09 dalam sektor yang diliputi oleh perolehan yang besar dalam minyak sehingga 2014; tetapi selepas harga minyak jatuh lebih daripada 60% sejak musim panas tahun 2014, jurang dalam dagangannya adalah lebih besar berbanding sebelum ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register