USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Apr 2015

0 8

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD terus merudum lebih 95 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2115, sebelum menutup lebih rendah pada sekitar paras 1.2030; setelah “loonie” terus mendapat permintaan, terkesan dari kestabilan harga minyak, komen yang optimis dari Bank of Canada dan penjualan Dollar AS.

Harga minyak adalah satu komponen penting dalam perdagangan Kanada dan satu daripada pemacu utama pergerakan “loonie”. Apabila harga minyak naik sepanjang tempoh 2002-12, begitu juga dengan nilai tukaran USD|CAD, meningkat daripada kira-kira 63 sen kepada lebih dari pariti.  Sekarang, kejatuhan harga minyak telah menetapkan gerakan dinamik yang kompleks, termasuk pelarasan sektor dan serantau, yang akan mengambil masa untuk dipulihkan.

Kesan negatif daripada kejatuhan harga minyak telah pun melanda beberapa sektor ekonomi Kanada. Sebagai contoh, pendapatan menjadi lebih rendah dan sekaligus telah membawa kepada pengurangan dalam perbelanjaan isi rumah.  Positifnya pula adalah pada lebihan eksport, kerana ekonomi yang lebih kukuh di Amerika Syarikat dan Dollar Kanada yang lebih rendah, menjadikan permintaan untuk barangan Kanada meningkat. Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang terbesar ekonomi Kanada.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa