728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

Dollar CAD terus turun Khamis semalam, dalam pergerakan turun naik lebih 85 pips pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2515, sebelum menutup sekitar paras C$1.2553; setelah CAD terus mendapat permintaan terkesan dari kenaikan harga minyak yang berterusan sejak empat minggu yang lalu.  Pada masa yang sama, laporan GDP Amerika Syarikat malam semalam yang meleset dari jangkaan menyebabkan pelabur kehilangan sebab untuk terus membida Dollar.

Di pasaran Amerika Syarikat, Biro Analisis Ekonomi melaporkan pertumbuhan ekonomi kembali perlahan dari 1.4% pada suku keempat 2015, kepada hanya 0.5% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 0.7% untuk suku pertama tahun ini – pertumbuhan paling perlahan sejak suku pertama 2014.  Pada masa yang sama, Jabatan Buruh melaporkan tuntutan pengangguran bertambah kepada 257 ribu pemohon. Angka 247 ribu pada minggu lepas juga telah disemak naik kepada 248 ribu tuntutan.  Pasaran tuntutan bertambah kepada 258 ribu pemohon.

telegram-moshed

Malam ini Kanada bakal melaporkan angka GDP bulanan untuk bulan Februari yang dijangka menguncup kepada 0.1% di bawah sifar berbanding 0.6% pada bulan Januari 2016.  Kanada adalah antara negara yang melaporkan angka pertumbuhan ekonomi bulanan berbanding kebanyakan negara maju lain yang melaporkannya setiap tiga bulan. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register