Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD melonjak lebih 100 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3915 sebelum menutup sekitar paras C$1.3900; setelah Dollar AS kembali mendapat permintaan selepas harga minyak yang merudum semalam, membantutkan sokongan belian untuk Loonie.  Pada masa yang sama, kebanyakan trader dan pengurus dana masih bercuti sempena Krismas dan tahun baru yang bakal tiba Jumaat ini.

Pada Rabu 23 Disember lepas, Statistik Kanada melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi Oktober 2015. Menurut laporan itu, GDP sebenar Kanada tidak berubah pada bulan Oktober selepas jatuh 0.5% pada bulan September. Walaupun terdapat kenaikan dalam sektor perlombongan, kuari, minyak dan gas serta sektor awam, ianya telah diimbangi oleh penurunan dalam sektor pembuatan, utiliti, dan perdagangan runcit.

Dengan kata lain, Kanada ketinggalan di belakang Amerika Syarikat. “Laporan GDP yang lemah adalah simpulan untuk tahun 2015. Ekonomi Kanada bergelut untuk berkembang pada sepanjang tahun ini, dan apa-apa kenaikan adalah tidak seberapa dan masih di bawah jangkaan,” menurut Ketua Ahli Ekonomi BMO, Douglas Porter.  Dalam pada itu, ekonomi Amerika Syarikat telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan. Pada Selasa 22 Disember, Biro Analisis Ekonomi AS melaporkan GDP suku ketiga 2015 yang menunjukkan GDP sebenar AS telah meningkat sebanyak 2.0%, menewaskan jangkaan 1.9%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register