728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Feb 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Feb 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 65 pips, dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3565 ke serendah C$1.3505 sebelum menutup sekitar paras C$1.3520; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung jualan dan menutup buku dagangan bulan Februari yang bakal berakhir hari ini.

Di pasaran Amerika Syarikat, ekonomi suku keempat 2015 dilaporkan tumbuh pada 1% berbanding 0.4% jangkaan penganalisis dan 0.7% pada suku sebelumnya. Perbelanjaan pengguna meningkat daripada 0.1% kepada 0.5% pada bulan Januari, berbanding jangkaan pasaran untuk kenaikan kepada 0.3% sahaja.  Sentimen pengguna juga meningkat daripada 90.7 mata kepada 91.7 mata berbanding jangkaan sebanyak 91.1 mata.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, harga minyak yang mula menstabil memberikan sokongan belian untuk Loonie, sekaligus mengekang kenaikan kadar tukaran USD/CAD. Hari ini AS bakal melaporkan jualan rumah tertangguh yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.6%.  Kanada pula bakal melaporkan defisit akaun semasa yang dijangka tambah meluas dari -16.2 bilion kepada -16.8 bilion.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register