banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD yang memacu naik lebih 90 pips pada sepanjang sesi Eropah Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2540, menjunam semula lebih 100 pips sebelum menutup sekitar paras 1.2435 pada lewat petang New York; selepas defisit dagangan Kanada dan index harga bahan mentah Kanada dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Inflasi di Kanada terus bergerak selari dengan yang digariskan dalam Laporan Dasar Kewangan Bank (MPR) pada April lalu.

Jumlah inflasi CPI Kanada adalah berhampiran dengan bahagian bawah kawalan, diantara julat 1 hingga 3 peratus; sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kesan sementara harga minyak mentah yang masih rendah. Inflasi teras kekal di atas 2%, dirangsang oleh kesan susut nilai Dollar Kanada, serta faktor-faktor khusus pada sektor tertentu. Melihat melalui pelbagai faktor sementara, Bank of Canada menganggarkan trend asas inflasi pada 1.6% kepada 1.8%, selaras dengan kelembapan berterusan dalam ekonomi.

telegram-moshed

Prospek ekonomi Kanada juga kekal sebahagian besarnya sejajar dengan MPR April. Walaupun suku pertama yang lemah di Amerika Syarikat, telah menimbulkan persoalan tentang kekuatan asas ekonomi AS; Bank of Canada menjangkakan pertumbuhan yang kembali kukuh pada suku kedua. Ini akan membantu memajukan putaran permintaan di Kanada, kearah lebih banyak eksport dan pelaburan perniagaan. Petunjuk terkini menunjukkan penggunaan di Kanada bertahan dengan baik, memandangkan kesan daripada harga minyak yang lebih rendah pada pendapatan negara kasar.

Walaupun baru-baru ini kadar pulangan bon global menurun, keadaan kewangan untuk isi rumah dan firma Kanada kekal berdaya saing. Dollar Kanada telah mengukuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terkesan dari harga minyak yang lebih tinggi dan Dollar AS yang masih lemah. Jika perkembangan ini berterusan, kesannya perlu dinilai semula apabila lebih banyak data boleh didapati pada bulan-bulan yang akan datang.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register