728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD yang merudum lebih 185 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3090, kembali melonjak lebih 130 pip sebelum menutup sekitar paras 1.3190; setelah Federal Reserve AS menegaskan pendiriannya untuk menaikkan kadar buat pertama kalinya dalam sedekad pada mesyuarat FOMC Disember ini.

Sebelum daripada itu, mata wang komoditi di seluruh dunia susut kerana semakin banyak data meleset dari jangkaan dan kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi global yang semakin suram.  Dollar AS pula bergelut dalam mencari arah sebelum mesyuarat FOMC bermula, ekoran ramai para pelabur yang percaya bahawa Feds AS akan menunggu sehingga 2016 untuk bertindak.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Kita boleh melihat pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat lebih awal daripada berita ekonomi utama,” merujuk kepada keputusan Feds dan mesyuarat dasar penetapan Bank of Japan yang dijadualkan esok, menurut Daisaku Ueno, ketua strategi FX di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley. “Daripada berusaha keras untuk mengambil pegangan baharu pada masa-masa seperti ini, para pelabur menjimatkan tenaga mereka sehingga berita ekonomi utama,” tambah beliau lagi.

Dollar Kanada kehilangan dua pertiga daripada satu sen untuk ditutup pada 75.38 sen AS pada Selasa, selepas diseret lebih rendah disebabkan oleh kelemahan harga minyak, yang susut berterusan di bawah $43 setong. Minyak jatuh lebih daripada $1 ke paras $42.92 pada petangnya, apabila pedagang mencerna butiran perjanjian bajet AS.  Perjanjian yang akan memerlukan Amerika Syarikat menjual 58 juta tong minyak daripada rizab petroleumnya itu, akan membanjiri pasaran yang sudah pun terlebih bekalan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register