728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 75 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3395 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah William Dudley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Federal Reserve AS New York berkata, bank pusat itu mungkin akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini. Beliau tidak melakukan apa-apa untuk menenangkan para pedagang, apabila beliau berkata walaupun pelabur mahu kepastian tentang masa kenaikan kadar, ianya tidak mungkin dapat ditentukan dengan pasti.

Encik Dudley juga mengulangi keputusan Feds bahawa kenaikan kadar akan berdasarkan kepada data ekonomi AS yang dilaporkan, bukan kepada tarikh dan hari dalam kalendar. Beliau berkata ekonomi telah berkembang “dengan baik” dan jika ia terus berada di atas landasan itu, ia boleh membawa sebab yang kukuh untuk kenaikan kadar.

telegram-moshed

Dalam berita lain, Jabatan Perdagangan AS melaporkan kenaikan yang sihat dalam perbelanjaan pengguna pada bulan Ogos, tetapi pertumbuhan pendapatan terhenti selepas bacaan yang tinggi pada bulan Julai. Perbelanjaan pengguna naik 0.4% berbanding bulan Julai yang juga meningkat sebanyak 0.4%.  Pendapatan peribadi pula meningkat 0.3% pada bulan Ogos, dibantu oleh kenaikan upah dan gaji. Namun, ini adalah di bawah kenaikan 0.5% pada bulan Julai lalu.

Tiada laporan ekonomi utama dari Kanada semalam, dan esok Kanada akan mengeluarkan laporan GDP terbarunya bagi Julai yang dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7%. Angka yang lebih rendah daripada jangkaan mungkin membayangkan Bank of Canada bakal meluaskan rangsangan monetarinya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register