728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD menjunam lebih 210 pips dari paras tertinggi Isnin semalam, sekitar 1.2773 untuk menutup carta harian dengan “bearish engulfing candle”; selepas “manufacturing PMI” Amerika Syarikat dilaporkan meleset dari jangkaan, 53.5 berbanding 54.5 dan 55.5 pada sebelumnya.  Data ekonomi yang menunjukkan penguncupan aktiviti sektor pembuatan itu, menyebabkan spekulasi pasaran tentang kelewatan kenaikan “interest rate” AS.

Di pasaran komoditi, minyak mentah memacu naik lagi sebanyak lebih $3.50, untuk mencapai paras tertinggi, sekitar $50.29 setong Isnin semalam.  Ketika artikel ini ditulis, minyak sedang berada diatas pivot bulanan sekitar $48.37 setong, dan pivot mingguan sekitar $46.51 setong.  Diberitakan para pelabur membuat spekulasi, bahawa harga minyak mentah telah pun mencecah paras terendah dan bakal meningkat semula; apabila banyak kontrak jualan ditutup minggu lepas.  Ini sedikit sebanyak memberi sokongan belian untuk “loonie”.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka dalam dagangan “ranging” dan memihak kepada “loonie”; ekoran sentimen bearish data NFP Jumaat ini.  NFP Amerika Syarikat dijangka mengurang dari 252 ribu kepada 235 ribu pekerja.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register