728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD memacu naik lebih 140 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4080, sebelum susut semula dan menutup sekitar C$1.4050; setelah harga minyak terus jatuh. Pasaran masih terasa bahang dari pembalikan harga minyak dan data PMI China yang mengecewakan. Dalam pada itu, Dollar AS jatuh berbanding sekumpulan matawang utama selepas pandangan pasaran bahawa Federal Reserve tidak akan dapat menaikkan kadar secepat yang dijangkakan, ekoran bacaan data ekonomi AS yang lemah dan dasar pelonggaran monetari yang baru dari Bank of Japan.

Mata wang Kanada telah merosot berbanding Dollar AS, sejak tiga tahun yang lalu, mencapai paras 13 tahun terendah sebanyak 69 sen AS, pada pertengahan bulan Januari lalu. Sejak itu loonie telah mengadakan sedikit kenaikan, memanjat sehingga 72 sen AS. Shaun Osborne, ketua strategi matawang di ScotiaBank berkata, walaupun sebahagian daripada paras terendah Januari boleh diuji semula pada tahun ini, kejatuhan curam Loonie boleh dikatakan telah atau hampir berakhir.

“Kami berpendapat pasaran akan kekal tidak menentu, bagaimanapun, kami tidak menolak risiko bahawa tahap USD berhampiran paras tertinggi baru-baru ini terhadap CAD, akan diuji semula dalam beberapa minggu akan datang,” menurut Shaun dalam satu nota kepada pelanggan. “Kami menganggap yang terburuk telah berlalu untuk CAD, dan kejatuhan dalam jangka masa terdekat adalah peluang untuk membeli.”

Kekuatan Loonie dalam beberapa minggu kebelakangan ini, adalah berpunca daripada data ekonomi Kanada yang lebih baik daripada jangkaan dan unjuran yang lebih baik dari Bank of Kanada. Sentimen baik itu berjaya mengatasi keraguan terhadap kemampuan Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar sebanyak yang dirancangkan pada tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register