banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam apabila naik lebih 90 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3500, sebelum jatuh semula lebih 85 pips untuk menutup sekitar paras C$1.3410; setelah para pelabur cuba menghadam kedua-dua berita positif dan negatif dari sektor tenaga.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat semalam, simpanan minyak mentah komersil AS bertambah sebanyak 10.4 juta tong berbanding 2.5 juta tong anggaran pasaran.  Sebelumnya simpanan bertambah sebanyak 3.5 juta tong sahaja.  Walau bagaimanapun, pasaran tidak memberikan reaksi yang sewajarnya kerana terus memberikan harapan untuk rundingan OPEC menghadkan pengeluaran.

telegram-moshed

Di pasaran AS semalam, laporan pekerjaan ADP menunjukkan pertambahan sebanyak 214 ribu pekerjaan berbanding 185 ribu jangkaan, dan angka sebelumnya juga disemak lebih rendah dari 205 ribu kepada 193 ribu. Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 272 ribu kepada 271 ribu serta PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 53.5 mata kepada 49.8 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register