USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Mar 2015

0 0

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009

Dollar CAD memacu naik lebih 80 pips dari paras terendah harian, sekitar 1.2475, pada sesi dagangan pagi New York Isnin semalam; selepas “manufacturing PMI” Kanada dilaporkan meleset dari sebelumnya, 48.7 berbanding 51.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|CAD sedang berdepan dengan resistance pada pivot bulanan – sekitar 1.2540, di atas pivot mingguan – sekitar 1.2515 dan pivot harian -sekitar 1.2525

US Dollar index pula sedang berdepan dengan resistance bulanan, sekitar 95.85, menunjukkan permintaan untuk Dollar semakin tepu dan ‘correction’ boleh berlaku pada bila-bila masa.  Data NFP Jumaat ini bakal menjadi penentu arah tuju Dollar selanjutnya.  ‘Non Farm Payroll’ Amerika Syarikat dijangka mengurang dari 257 ribu kepada 240 ribu, menunjukkan pasaran yang menjangka pekerjaan selain dari sektor perladangan telah berkurang 17 ribu akibat aktiviti ekonomi AS yang mengurang.

Hari ini Kanada bakal melaporkan perkembangan ekonominya.  GDP tahunan dijangka menyusut dari 2.8% kepada 2% dan GDP bulanan dijangka meningkat sebanyak 0.4%  Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Amerika Syarikat, “loonie” berpotensi untuk menguasai pasaran, terutamanya jika GDP Kanada dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa