728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD pulih sedikit Isnin semalam, naik lebih 50 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3115 sebelum menutup sekitar paras 1.3095; setelah penurunan harga minyak memberi kesan kepada permintaan bagi mata wang Kanada, walaupun data AS yang mengecewakan mengekang kenaikan Dollar AS.

Dollar Kanada kekal di bawah tekanan apabila kontrak niaga hadapan minyak mentah bagi penghantaran Disember jatuh 1.76% kepada $45.75 pada pembukaan sesi dagangan AS.  Tetapi kenaikan Dollar AS terhad selepas Universiti Michigan berkata bahawa indeks sentimen pengguna susut kepada 90.0 bulan ini daripada 92.1 pada bulan September, berbanding dengan jangkaan peningkatan kepada 92.5.

telegram-moshed

Di samping itu, Biro Analisis Ekonomi berkata bahawa perbelanjaan peribadi pengguna AS meningkat 0.1% pada bulan lepas, mengecewakan harapan untuk kenaikan 0.2% selepas kenaikan 0.4% pada bulan Ogos.  Data tersebut menambahkan kebimbangan mengenai kekuatan ekonomi AS selepas Jabatan Perdagangan berkata bahawa GDP AS berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.5% dalam tempoh tiga bulan hingga September, meleset dari jangkaan pertumbuhan sebanyak 1.6%.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register