728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

Dollar CAD terus jatuh lebih 160 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3050 sebelum menutup sekitar paras C$1.3073; setelah komen daripada Pengerusi Feds yang mengatakan dengan keadaan ekonomi global yang berisiko, Feds akan lebih berhati-hati dalam menaikkan kadar AS seterusnya.

Di pasaran Kanada, Dewan Negara Kanada kini sama berminat dengan kesan Loonie yang cepat jatuh, setelah ia mendengar dari pakar-pakar ekonomi Kanada pada bulan lepas mengenai sebab-sebab kejatuhan nilai Dollar Kanada, serta kesannya ke atas pengguna dan ekonomi. Selepas kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini, ahli ekonomi berkata ekonomi Kanada berisiko untuk tidak seimbang ekoran harga minyak yang masih tidak cukup cukup tinggi dan Loonie masih tidak cukup rendah.

telegram-moshed

Dollar Kanada telah mengalami pemulihan yang kukuh pada bulan lalu, meningkat daripada kira-kira 68 sen berbanding Dollar AS kepada 76 sen dan harga minyak juga telah pulih hampir 50%. Ekonomi Kanada telah merasakan tekanan harga minyak yang rendah untuk dua tahun, yang menyebabkan kemelesetan di wilayah seperti Alberta dan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai dalam sektor tenaga.

Namun begitu, data terkini menunjukkan bahawa harga minyak yang lemah telah menjadi pemangkin sektor pembuatan, ekoran harga petrol yang lebih murah dan nilai Loonie yang lemah, telah membantu sektor industri bukan tenaga Kanada menjadi lebih menguntungkan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register